MELAKA: Empat kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diadakan pada 20 Feb tahun depan akan diteruskan mengikut jadual walaupun tarikh itu merupakan cuti kelepasan am bagi negeri Melaka bersempena dengan Hari Pengisytiharan Kemerdekaan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata hal itu berikutan kerajaan negeri telah mewarta dan mengisytiharkan 20 Feb sebagai cuti umum baharu negeri Melaka bagi menggantikan cuti umum Hari Melaka Bandaraya Bersejarah yang disambut 15 April setiap tahun sebelum ini.
"Jadi dalam tempoh itu, peperiksaan SPM sedang berlangsung dan untuk makluman orang ramai peperiksaan bagi calon yang mengambil empat kertas bagi subjek Manahij al 'Ulum al-Islamiah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Reka Cipta tidak ditangguhkan.
"Bilangan calon SPM terlibat bagi kesemua kertas peperiksaan itu adalah sebanyak 4,528 pelajar berdaftar melibatkan 84 pusat peperiksaan dengan 335 petugas pengawas peperiksaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Hari Pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) bersama Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) cawangan Melaka di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Molek.
Cuti yang diwartakan bagi Hari Pengisytiharan Kemerdekaan negara itu adalah bersempena dengan sejarah awal Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sewaktu diumumkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Banda Hilir pada 20 Februari 1956.
Mengulas lanjut, Rahmad berkata sebanyak 12,900 calon telah mendaftar bagi menduduki SPM 2023 di 103 pusat peperiksaan di seluruh Melaka berbanding 12,907 calon pada 2022.
Beliau berkata sejumlah 1,255 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan SPM berjalan lancar seperti dijadualkan.
Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan pelajar sekolah, jemaah di surau dan masjid menggunakan pelitup muka terutama bagi mereka yang bergejala susulan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini.
"Walaupun masih belum ada lagi arahan kena (wajib) pakai pelitup muka, kita galakkan mereka memakainya untuk mengekang penularan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem memaklumkan kes COVID-19 di Melaka pada minggu Epidemiologi ke-48 yang berakhir pada 2 Dis lepas menunjukkan peningkatan kepada 534 kes baharu berbanding minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023
Seramai 12,900 calon telah mendaftar bagi menduduki SPM 2023 di 103 pusat peperiksaan di seluruh Melaka berbanding 12,907 calon pada 2022. - Gambar fail
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak
Kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
KPM siasat dakwaan kertas Sejarah SPM bocor
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat berhubung dakwaan berlaku kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi kertas subjek Sejarah.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
21 pusat peperiksaan SPM di Johor sedia diaktifkan sebagai PPS
Jumlah itu termasuk 18 buah sekolah yang menjalani SPM telah melaksanakan persiapan terperinci.
Guru petugas peperiksaan maut pacuan empat roda terbabas
Seorang guru lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dalam perjalanan ke sekolah.
Anak duduki SPM esok, bapa redah banjir ambil kelengkapan
Biarpun berat namun begitulah lumrah kehidupan, setiap cabaran, mahu atau tidak mahu perlu ditempuhi demi kelangsungan kehidupan.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
JPN Kelantan memaklumkan tujuh pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat berlaku di negeri ini.
395,870 calon duduki SPM 2023
Seramai 129,635 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.
16 pusat peperiksaan SPM di Terengganu berisiko terjejas banjir gelombang keempat
Shafruddin Ali Hussin berkata ia melibatkan 224 pelajar di daerah Hulu Terengganu, Setiu, Dungun dan Besut.